Bekas Suami Erra Jandakan Seorang Lagi Wanita Cantik! Kini Orang Seberang Pula


Selepas sekian lama menjadi tanda tanya peminat dari Malaysia dan juga Indonesia, akhirnya hubungan di antara pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella bersama suaminya Engku Emran dari Malaysia yang sebelum ini dilihat seakan sudah tidak bersama, terjawab.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Bella yang mengakui sudah bercerai dengan Engku Emran dan hanya bertahan selama 2 tahun sahaja.


Persoalan dari peminat mula menghujani Bella selepas melihat gambar yang dimuat naik Bella semasa sambutan Aidilfitri hanya bersendiri tanpa suami disisi.

Saya ingin menjelaskan bahwa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik. Sudah berbagai usaha kami lakukan dan ini adalah takdir ALLAH SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini dan diharap semuanya segera selesai dengan baik-baik sahaja. Dua tahun dia menjadi suami saya, banyak sekali perkara yang dapat saya belajar dan saya percaya dengan apa yang berlaku ini pasti ada hikmah. Saya jadikan pengalaman rumah tangga saya ini sebagai pelajaran untuk saya perbaiki kekurangan diri pada masa akan datang, amin. - Jelas Bella.

Engku Emran yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon hebat Erra Fazira turut dilihat memutuskan hubungannya bersama Bella di Instagram dan Bella turut melakukan sedemikian.

Semoga Bella tabah dengan ujian ini dan ditemukan dengan pengganti yang lebih baik.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang terkejut dengar berita ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media