Macam-macam hal! Ohmedia ingatkan kes orang buang bayi semakin berkurangan tetapi kali ini pula memang cukup kejam kerana terdapat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan bernyawa dicampak dari tingkat 2 oleh suspek yang berusia 16 tahun.
Kejadian ini telah berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh, Perak semalam. Pihak polis telah menerima panggilan mengenai hal itu daripada orang awam yang juga merupakan jiran suspek kira-kira jam 12.35 tengah hari.
Apa yang lebih mengejutkan, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata bahawa suspek tersebut mencampak bayinya dengan ketinggian sembilan meter di atas bumbung dari tingkap biliknya yang terletak di tingkat 2.
Pemeriksaan juga telah dibuat di bilik suspek yang masih belum ke sekolah itu kerana baru jer sebulan berpindah ke tempat tersebut dari Batu Caves, Selangor. Mereka juga mendapati kesan tompokan darah di cadar bilik dan jeriji tingkap.
Walaubagaimanapun, bayi lelaki itu sedang berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala. Manakala suspek juga dibawa ke tempat yang sama kerana keadaannya masih lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi tersebut.
Seorang saksi yang juga jiran suspek, mendengar bunyi kuat sesuatu terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemui bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis. Suspek dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut...keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan.
Ibu suspek dan dua adiknya telah disoal siasat oleh pihak polis namun mereka tidak mengetahui mengenai kehamilannya itu. Remaja tersebut juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk melahirkan bayi malang itu sebaliknya memberitahu bahawa baru saja datang haid.
OHMEDIA: KORANG YANG MASIH REMAJA TU JANGAN BUAT BENDA BUKAN-BUKAN YA! ZINA TU HARAM.
Kredit: Bernama
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media