Sabar wahai lelaki, sabar! Ohmedia tahu korang tengah tak senang duduk sekarang ni lepas ada awek Korea yang cantik cakap nak ada boyfriend orang Melayu. Fuhh! Boleh try market ni. Haha!
Zaman sekarang ni dah tak pelik kalau kita dengar orang melayu kahwin dengan orang Jepun, Korea, Australia atau mana-mana negara sebab ramai orang kita yang berhijrah untuk belajar mahupun bekerja di luar negara. Jadi, kalau jumpa jodoh orang luar apa salahnya kalau disatukan. Betul tak?
Jadi, baru-baru ini viral pula satu video Tik Tok yang menunjukkan seorang pelajar dari Malaysia bersama kawan wanita Korea yang belajar di universiti Korea.
Dalam video itu, wanita Korea terbabit memperkenalkan diri sebagai Soo dan memaklumkan dirinya single dan mahukan teman lelaki Melayu. Wah! Ada peluang ni gais.
“saya mahu bf melayu” 😂 pic.twitter.com/pef4NiMG9w— 나 (@jpbrinx) July 13, 2020
Bf melayu tidak mengapa, tapi bukan buaya melayu!
Sekarang saya faham hikmah dilahirkan sebagai seorang melayu.
Apa-apapun selamat maju jaya buat para lelaki bujang diluar sana ya. Korang yang dah berbini tu, jaga baik-baik hubungan, jangan menggatal ok!
Kredit: Twitter @jpbrinx
+ Baca respon pembaca yang minat dengan gadis Korea di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media