Akui Padam 98 Video, M Sugu Nyatakan Akan Kembali Dengan Video Baru Petang Ini?!


Baru jer tadi Ohmedia naikkan satu artikel yang menyatakan M sugu dan isterinya S Pavithra tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan YouTube dan ingin menjadi keluarga biasa selepas apa yang berlaku beberapa hari yang lalu.


Tapi tadi, Harian Metro ada menaikkan satu lagi perkembangan terbaru yang menyatakan Sugu Pavithra akan kembali dengan video terbaru mereka petang ini.

Perkara ini dinyatakan oleh M Sugu yang menjangkakan satu video akan diupload ke dalam akaun Sugu Pavithra jika segala perbincangan berjalan dengan lancar.

Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah). Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja. - katanya.

M Sugu juga mengakui yang tindakannya memadam semua 98 video di YouTube itu telah menyebabkan mereka sekeluarga hilang punca pendapatan yang dilihat agak lumayan. Maklumlah dengan pengikut hampir 800,000 pastinya menyumbang kepada pendapatan keluarga.

OHMEDIA: TERUS LAKUKAN APA YANG DIRASAKAN BAIK UNTUK KELUARGA DAN APA YANG PENTING ADALAH KEBAHAGIAN SESEBUAH KELUARGA DAN BUKANNYA WANG RINGGIT.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang perkembangan mereka di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media