Boleh dikatakan ramai kaum lelaki yang suka bersukan dan pergi ke gym. Selain untuk memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan sihat, mereka juga pasti ingin memiliki tubuh badan yang sado dan tegap. Walaubagaimanapun. tidak semua lelaki yang bersukan dan main gym tahu untuk menjaga kulit selepas melakukan aktiviti tersebut. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 tips untuk menjaga kulit ketika bersukan dan main gym.
Mandi
Ohmedia faham pasti badan korang rasa letih selepas bersukan sehingga membuatkan korang rasa mengantuk dan terus tidur. Jika boleh, elakkan dari terus tidur dan pergi mandi kerana ia akan membuatkan badan korang kembali segar serta membuang segala kotoran pada kulit badan.
Tuala
Ramai antara kita hanya menggunakan satu tuala untuk membersihkan anggota badan. Oleh yang demikian, Ohmedia sarankan korang untuk asingkan tuala yang digunakan pada wajah dan badan kerana ia boleh mencegah kulit dari dijangkiti bakteria.
Memakai Kasut & Selipar
Pastikan korang pakai kasut atau selipar ketika mula dan selesai bersukan. Jika ingin berkaki ayam tunggu sehingga korang sudah pulang ke rumah. Sekiranya korang tidak memakai apa-apa pada kaki dan kulit tersentuh pada lantai ketika sedang bersukan dan main gym, ia akan menyebabkan kulit kaki terkena kuman dan boleh dijangkiti penyakit kulit.
Membersihkan Peralatan Gym
Mungkin ramai tidak mengamalkan perkara ini kecuali mereka yang benar-benar menjaga kerbersihan. Justeru itu, Ohmedia nak galakkan korang supaya membersihkan dulu peralatan di gym dengan kain sebelum menggunakannya. Sedikit sebanyak dapat menghindari korang dari terkena apa-apa jangkitan dan penyakit kulit.
Pencuci Muka
Sesudah selesai bersukan atau main gym pasti korang akan pulang ke rumah untuk mandi dan membersihkan kulit muka yang telah berpeluh tadi. Oleh itu, Ohmedia suggest kan korang untuk menggunakan pencuci muka yang memiliki 2 fungsi berbeza iaitu untuk membersihkan kotoran dan memberi perlindungan pada kulit. Kesannya boleh mengelakkan kulit muka korang dari terkena jerawat.
OHMEDIA: SEMOGA 5 TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENJAGA KULIT KETIKA SEDANG BERSUKAN
Kredit: Maskulin
+ Baca respon pembaca 5 tips untuk menjaga kulit ketika bersukan dan main gym di Facebook Oh! Media
OHMEDIA: SEMOGA 5 TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENJAGA KULIT KETIKA SEDANG BERSUKAN
Kredit: Maskulin
+ Baca respon pembaca 5 tips untuk menjaga kulit ketika bersukan dan main gym di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media