165 Individu Ditahan Langgar SOP Kelab Malam!


Bila kita keluar dari rumah dan lihat semua aktivi yang dijalankan di luar pada waktu ini, seumpama dunia sudah bebas dari wabak pandemik Covid-19. Norma baru yang dipromosikan dan penjarakan sosial yang perlu diamalkan seakan sudah tidak wujud.

Terbaru, Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Yaakob telah memaklumkan seramai 165 individu telah ditahan di dalam sebuah pub atau kelab malam kerana melanggar PKPP.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 165 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah ini, seramai 14 individu direman manakala 151 lagi dikompaun. - Katanya.

Jadi perlu diingatkan bahawa kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Setakat ini Pasukan Bertindak Operasi Pematuhan yang dilakukan PDRM telah melakukan sebanyak 61,727 pemeriksaan untuk memantau SOP.

Perkembangan lain, pihak kerajaan masih menutup sempadan negara dan akan mengambil tindakan yang tegas jika ada mana-mana pihak cuba memasuki sempadan negara secara haram.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak negara di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media