Wawa Zainal Masih Guna Pinggan Percuma Sejak Zaman Mula Berkahwin


Pelakon jelita, Wawa Zainal memuatnaik satu posting di Instagram mengatakan bahawa dia tidak ada koleksi pinggan mahal ataupun sedang viral tetapi hanya menggunakan pinggan percuma sejak zaman mula berkahwin dengan suaminya, Aeril Zafrel.

Ohmedia tengok pinggan tu memang legend gais. Bukan apa, setiap kali beli barang keperluan mesti akan dapat secara percuma macam Wawa kalau beli ubat gigi kan? Haha!

Kita tak ada pinggan mahal-mahal, pinggan viral pun tak ada. Pinggan free ubat gigi Darlie je ada. Pinggan ni dari zaman memula kahwin dengan aeril lagi. Masih ada lagi sampai sekarang.

Bagus betul Wawa ni, low profile betul! Ramai pengikut turut berkata yang sama. Kalau korang nak tahu, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.

OHMEDIA: MESTI KORANG PUN ADA PINGGAN TU DEKAT RUMAH. HEHE

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media