Berita baik untuk skuad bawah 19 tahun negara apabila memiliki peluang untuk mendapatkan pemain muda kacukan iaitu Jaami Qureshi yang kini bermain untuk kelab Brighton & Hove Albion di England. Hal ini disebabkan bapa kepada pemain tersebut Perviz Qureshi mengumumkan di Twitter bahawa Brighton sedia untuk memberi lampu hijau jika Qureshi mendapat panggilan dari FAM.
Selain itu, seorang lagi pemain muda yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal juga akan dibawa untuk sertai skuad muda negara selepas pemain tu menunjukkan minat. Kini FAM sedang menguruskan dokumentasi pemain tersebut.
OHMEDIA: SEMOGA KEHADIRAN MEREKA DAPAT MEMPERKUATKAN LAGI PASUKAN NEGARA DI SAINGAN PIALA AFC BAWAH 19 TAHUN NANTI
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Wan Kuzri dan Jaami Qureshi bakal sertai skuad bawah 19 tahun negara di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media