Voopoo Drag S & Drag S Adalah Mod Paling Premium Pernah Kami Pakai!


Siapa jer penggemar pod yang tak kenal dengan jenama Voopoo betul tak? Kalau korang nak tahu, Voopoo sekali lagi menggegarkan dunia mod dengan keluaran pod terbaru mereka iaitu Voopoo Drag S dan Drag X. Rekaan pada pod terbaru mereka ni sangat cantik dengan menggunakan leather yang hadir dengan pelbagai warna. Bukan tu jer, kalau korang pegang mod ni memang rasa selesa dan sedap gila. Serius tak tipu!

Voopoo Drag S


Untuk pod mereka kalini dikuasakan dengan cipset GENE-TT dan kedua-duanya menggunakan port Type-C untuk mengecas. So memang laju lah kan kalau guna Type-C ni dan sememangnya akan mudahkan kita.

Model Drag S ni didatangkan dengan bateri sebesar 2,600mAh yang memang jauh beza kalau nak dibandingkan dengan Vinci R yang baterinya hanya 1,500mAh jer. Korang boleh kawal sehingga 60W dan agak sesuai lah untuk kaki dripper dekat luar sana tu.

Voopoo Drag X


Bagi model Drag X pula menggunakan bateri 18,650 yang boleh dikeluarkan dan sistem baterinya sama seperti Vinci X. So korang boleh pilih bateri sebesar mana pun yang korang nak untuk diletakkan.

Kalau korang ada banyak bateri tu memang senang gila, bila habis jer bateri terus tukar dan tak perlu pun nak tunggu dia cas. Untuk model Drag X ni korang boleh kawal sehingga 80W gais. Pergh! Memang padu lah kan.


Apa yang bestnya, kedua-dua pod ini masih menggunakan coils yang sama dengan pod Voopoo sebelum ni iaitu model Vinci. So, bagi sesiapa yang menggunakan Vinci X tu dan nak nampak bergaya, bolehlah korang beralih ke model DRAG ni sebab dia memang lawa gais. Harga dia pun bermula pada RM119 jee dan takde lah jauh beza sangat kalau nak dibandingkan dengan model Vinci tu.

Ohmedia rasa inilah pod yang paling premium pernah Ohmedia pakai, memang puas hati gila gais. Kepada penggemar-penggemar pod dekat luar sana tu, Ohmedia rasa inilah pod yang sesuai dan sangatlah menarik untuk korang pakai. Kalau tak percaya, pergi beli cepat dan rasa sendiri.
Sumber: Oh! Media