Jika sebelum ini viral kisah pelajar Sabah yang sanggup membina pondok di atas pokok semata-mata untuk mendapatkan internet yang kuat demi menyiapkan tugasan online, kini tersebar pula kisah pelajar dari Sarawak pula yang terpaksa masuk ke dalam hutan untuk untuk selesaikan 'online presentation'.
Pelajar yang dikenali sebagai Rose ED itu kini belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak dan sudah pulan ke kampung halaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Internet sangat lemah di kawasan pedalaman
Bagaimanapun, ada sedikit halangan baginya untuk menyelesaikan tugasan online kerana internet yang lemah di kawasan rumahnya. Berikut adalah perkongsian dari Rose ED:Hari ini 24 Jun 2020, selesai sudah pembentangan kumpulan atas talian (online) melalui sistem MyGuru. Sepatutnya pembentangan ini sudah selesai pada minggu lepas tetapi terpaksa ditunda kerana diri ini gagal untuk menghadirkan diri ekoran daripada capaian Internet yang sangat lemah di kawasan pedalaman.
Saudara saudari, hari ini saya terpaksa bersedia awal untuk persiapkan diri sendiri sebelum pembentangan bermula tadi. Seperti yang saudara saudari lihat di dalam gambar tersebut, lokasi ini adalah di kawasan hutan (babas) tempat kami menoreh getah. Capaian Internet di sini lebih bagus berbanding di kawasan rumah panjang.
Saudara saudari, walaupun kawasan kampung kami tidak mempunyai capaian Internet tetapi terdapat juga beberapa kawasan di sekitar kampung yang dapat dikunjungi untuk mencari Internet seperti kawasan berbukit, kawasan ladang sawit etc.
Namun kawasan ini tidak sesuai untuk dikunjungi setiap hari memandangkan saya sendiri mempunyai jadual kelas yang penuh kecuali Selasa dan Ahad.
Hari ini saya memilih tempat ini kerana dekat dengan kebun ayah dan selepas habis kelas, saya dapat menolong ayah baik pulih pondok di kebun untuk kegunaan kelas online saya pada hari seterusnya.
Untuk pengetahuan saudara saudari, kampung kami tidak lah jauh mana dari kawasan Pekan Pakan. Namun, perlu kita fikir di sini bahawa untuk pergi ke pekan adalah memerlukan kos dan kenderaan yang baik untuk ulang alik setiap hari.
Saya orang kurang berkemampuan jadi saya tidak mampu untuk pergi ke pekan hari-hari, tambahan pula keadaan cuaca yang kerap hujan.
Sebagai seorang pelajar tahun akhir, saya sangat memerlukan capaian Internet yang bagus untuk akses maklumat projek tahun akhir (FYP).
Segala sistem MyGuru, MyUpsi Portal & Pustaka Upsi langsung tak dapat di akses.
Saya berharap coretan ini dapat sampai kepada pihak-pihak tertentu bagi memudahkan urusan pelajar yang betul-betul memerlukan capaian Internet yang bagus.
Mungkin coretan ini agak kurang bagus untuk dibaca dan saya sendiri mengaku masih kekurangan ilmu dalam penulisan. Mohon maaf dipinta sekiranya tersalah dan terkasar bahasa.
Demi mencari ilmu aku gagahkan jua tiada yang menjadi penghalang ( Nur Shafika, 2020)
Coretan Rose ED,
Pelajar Tahun Akhir,
Pengajian Malaysia dengan Pendidikan.
#Upsi
#SoaringUpwards
Bagaimanapun, perkongsiannya itu telah disalah erti bagi sesetengah pihak dengan mempolitikkannya.
Berdasarkan posting terbaru Rose ED, ada menyatakan bahawa UPSI telah menjaga kebajikan pelajarnya dan memahami masalah pelajar yang mengalami masalah internet.
Antara usaha yang dilakukan oleh pihak UPSI adalah dengan menghantar nota pembelajaran secara pos terus ke rumah pelajar.
Rose ED juga mengakui yang perkongsiannya itu juga adalah untuk membuka mata pihak kerajaan negeri yang seharusnya mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
OHMEDIA: KITA HARAPKAN AGAR PERKARA INI DIAMBIL SERIUS OLEH PIHAK BERTANGGUNGJAWAB TERUTAMANYA UNTUK MEMBANTUK MEREKA YANG TINGGAL DI KAWASAN PEDALAMAN SABAH DAN SARAWAK.
Kredit: Rose ED
+ Baca respon pembaca yang turut mahukan pihak berwajib lakukan sesuatu di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media