(Video) Lebih 10 Kali Lori Berniaga Kena Tarik, Che Nah Sujud Syukur Terima Lesen Perniagaan


Penantian selama 35 tahun akhirnya tiba apabila seorang peniaga yang dikenali sebagai Minah Awang atau mesra dipanggil Che Nah melakukan sujud syukur sebaik sahaja menerima lesen perniagaan.

Tindakbalas itu ternyata mengejutkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang menyerahkannya sendiri kepada Che Nah di lot parkir Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara pada jam 8 pagi tadi.


Selama 35 tahun juga Che Nah sudah kerap naik turun pejabat Dewan Bandaraa Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan sijil perniagaannya yang menjual lauk pauk untuk sarapan dan makan tengah hari.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana membantu mendapatkan lesen ini. Ia hadiah istimewa kepada saya. - Kata Che Nah. Macam-macam makcik lalui dah, kena saman, kena tarik lori....kadang-kala itu tak sempat jual kejab penguatkuasa dah datang dan ambil. Ada sampai 10 kali rasanya lori kena tarik. Bagaimanapun, makcik tidak berputus asa dan bertawakal kerana ingat bumi Allah ini tempat cari makan. Makcik wajib cari makan jadi makcik tak takut. - Kata Che Nah

Tan Sri Annuar turut memaklumkan yang bukan Che Nah seorang sahaja yang diberikan kebenaran untuk berniaga, tetapi ramai lagi yang akan dicari dan dibantu bagi mengesahkan perniagaan mereka.

Dalam masa yang sama, perniagaan orang asing juga terus digempur dan dibersihkan.


OHMEDIA: USAHA INI DILIHAT SANGAT BAIK DAN BAGI KORANG YANG PERNAH BELI MAKANAN DI TEMPAT CHE NAH, BOLEH UCAPKAN TAHNIAH YA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang suka melihat orang lain dipermudahkan urusan mereka di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media