Beberapa hari yang lepas, Ohmedia ada kongsikan bahawa pelakon Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana selamat bersalin anak sulung di sebuah pusat perubatan, Andorra Women & Children Hospital jam 2.22 pagi.
Sebaik sahaja bersalin, isteri kepada Nadzmi Adhwa itu mengalami muntah-muntah dan pengsan di dalam tandas gara-gara turun banyak darah. Perkongsian itu telah dibuat melalui Instagram anaknya, @babyadhwardell.
Hari ke-3 baru dapat merasa dalam dakapan umie. Selepas je selamat melahirkan saya umie muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya umie cuba bangun nurse mandikan umie muntah lagi kemudian umie pengsan terus dalam tandas sebab umie turun banyak darah tapi umie tetap juga kuat. Alhamdulillah harini umie saya dah makin kuat tak pengsan lagi. Dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi. Get well soon umie. Baby dan abie doakan.
OHMEDIA: PSST! AGAK-AGAK IKUT MUKA SIAPA ADHWA & ARDELL JR NI?
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca doa yang baik-baik di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media