TNB Mahu Perluas Pemasangan Meter Pintar Seluruh Negara


Sebelum ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulakan projek perintis meter pintar di Melaka dan Putrajaya sejak 2014 hingga 2016. TNB mendapati mereka menerima maklum balas postitif dari pengguna meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mereka menerima jumlah bil sebenar berdasarkan penggunaan.

Ini kerana meter pintar berkenaan mampu mengetahui trend penggunaan elektrik secara tepat dan pengguna boleh mengubah trend berkenaan bagi mengelakkan bayar bil secara berlebihan. Melalui meter pintar, pengguna boleh mengakses bil sebenar penggunaan elektrik menerusi emel, paparan di aplikasi MyTNB dan laman web TNB sendiri.

Sumber gambar dari Google
Oleh yang demikian, TNB merancang untuk memperluaskan pemasangan meter pintar berkenaan di seluruh negara dengan menyasarkan 1.2 juta unit di Lembah Klang. Perkara ini dijangka dapat dilakukan menjelang 2021 agar ramai pengguna memperolehi bacaan meter dengan tepat.

OHMEDIA: LAMBAT SANGATLAH PUN METER PINTAR NI PASANG. SEBELUM PKP HARI TU KALAU DAH ADA KAN SENANG, TAKDALAH KENA BAYAR BIL ELEKTRIK YANG MELAMBUNG-LAMBUNG.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca TNB mahu oerluas pemasangan meter pintar di Facebook Oh! Media







Sumber: Oh! Media