Tipu Alat Timbang, 12 Peniaga Dikenakan Kompaun Oleh KPDNHEP


Meskipun dilanda dengan pandemik, itu tak memaksa untuk rakyat Malaysia shopping buah kegemaran mereka, durian yang sedang musim. Dibalik itu semua, ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan dengan menipu alat timbang untuk memperolehi keuntungan yang tak sepatutnya.

Menurut laporan dari Berita Harian, seramai 12 orang peniaga di Perak telah dikenakan kompaun kerana dikesan menipu menjual raja buah berkenaan. Pengarah KPDNHEP, Saifullizan Kamarul Zaman menjelaskan bahawa kesemua peniaga dikenakan kompaun mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Sumber gambar dari Berita Harian
Ini kerana kesemua peniaga mengguna atau memiliki alat tmbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan. Jelas Saifulnizam, kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, sebaliknya iaterletak pada peniaga namun peniaga wajib mematuhi undang-undang penandaan harga.

OHMEDIA: DAHLAH KEMENTERIAN TAK KAWAL HARGA JUALAN DURIAN, ADA PULA PENIAGA YANG CUBA MENIPU ALAT TIMBANG SEBAB NAK DAPATKAN KEUNTUNGAN LEBIH.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca 12 peniaga dikenakan kompaun oleh KPDNHEP di Facebook Oh! Media






Sumber: Oh! Media