Tiada Alasan Walaupun Main-Main, PU Syed Jelas Aplikasi FaceApp Haram


Sebelum ini timbulnya kontroversi mengenai Lathi Challenge yang melakukan solekan seperti hantu dan kali ini pula sebuah aplikasi yang dikenali sebagai FaceApp menjadi tular di kalangan pengguna media sosial.

FaceApp adalah sebuah aplikasi yang boleh menyunting gambar kita kepada macam-macam jenis seperti orang tua, bayi dan sebagainya tetapi sekarang ini tular disebabkan ramai lelaki menggunakan aplikasi tersebut sebagai keseronokan untuk berubah wajah mereka kepada perempuan.

Namun pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberi keterangan mengenai hukum penggunaan aplikasi itu menerusi akaun Instagramnya.

Lagi ditegur lagi meriah mereka dok upload gambar bertukar jantina wajah. Apa yang seronok sangat menukar wajah dari lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki? Sakan kalian buat perkara yang ditegah oleh Syara', larangan menyerupai itu bukan setakat tak boleh jadi pondan atau bapuk, maknyah dan sebagainya, tetapi apa sahaja yang menjurus ke arah perbuatan itu. Kalian seolah-olah support perbuatan nak tukar jantina yang dilaknat oleh Allah ini. Cukup-cukuplah, benda HARAM janganlah dibuat!



Hukum tasyabbuh ( menyerupai) jantina lain walaupun main² Baca betul² dan tolonglah sedor Hukum tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ. Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” Janganlah meniru² permainan dan gaya hidup orang kafir yg tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaa aplikasi yg muncul mesti ada yg nak cuba dan tiru dan main² tanpa risau hukum hakamnya Belajarlah, bertanyalah, kita bukan takde ulama dlm Malaysia ini Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on



Hukum tasyabbuh ( menyerupai) jantina lain walaupun melalui main² Baca betul² dan tolonglah sedor Hukum tasyabbuh adalah HARAM berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ Daripada sayyidina Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu 'Anhuma, katanya, “Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” . Janganlah meniru² permainan dan gaya hidup orang kafir yg tiada halal dan haram dalam hidup mereka. Apa sahaja aplikasi baru yg muncul mesti ada (selllokk) nak cuba dan tiru dgn alasan saje main², tanpa risau hukum hakam yg terdapat di dalamnya Belajarlah, bertanyalah, kita bukan takde ulama dlm Malaysia ini, jangan jadi jahil selamanya, kelak akan rugi di Dunia lagi malang rugi di Akhirat Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on

Lepas ni korang buang jer aplikasi FaceApp tu dekat dalam telefon korang. Lebih baik korang buat aktiviti yang berfaedah ataupun meluangkan masa bersama insan tersayang. Barulah seronok!

OHMEDIA: FACEAPP HARAM TAU!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media