Nama Malaysia nampaknya semakin dikenali dan disegani oleh kebanyakan negara di dunia. Terbaru, negara jiran Thailand telah mengucapkan tahniah kepada Malaysia yang dilihat berjaya menangani pandemik Covid-19 dengan baik.
Ucapan tahniah ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan o-cha kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui panggilan telefon semalam.
Pendekatan Malaysia menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memainkan peranan penting dalam mengurangkan jangkitan di negara itu. Thailand akan meneruskan kerjasama yang sudah terjalin dalam semua dimensi, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19 di sepanjang sempadan negara serta membantu kepulangan tenaga kerja. - Katanya.
Panggilan itu juga adalah kali pertama dilakukan sepanjang lebih 100 hari Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Thailand turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana melancarkan urusan membawa pulang warga Thailand yang bekerja di Malaysia yang memberi jaminan keselamatan dan kesihatan kepada warga Thailand.
Semalam 10 Jun Malaysia sudah memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang merupakan strategi untuk keluar dari pandemik ini selepas rekod jangkitan hampir sifar. Semoga kita terus bersama-sama menjaga kejayaan yang dicapai dan terus amalkan norma baharu.
Kredit: Bernama
+ Baca respon pembaca yang bangga dengan Malaysia di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media