Oleh: Mohd Asraf
DUNGUN, 16 Jun - Usahawan digalak membuat tuntutan bagi pelaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) yang diumum kerajaan kepada pekerja setiap bulan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, usahawan di Negeri ini lhisusnua turut digesa untuk menjadi ahli Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) agar dapat menerima manfaat dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh YPU, masih ramai lagi usahawan atau majikan yang belum membuat tuntutan.
“Oleh sebab itu, YPU mengambil inisiatif untuk membantu para usahawan agar mendapat manfaat dari program ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, YPU telah mendapat kerjasama dari PERKESO untuk memudahkan cara permohonan PSU ini.
“Kita sangat mengalu-alukan semua usahawan yang belum membuat tuntutan untuk segera berdaftar sebagai sahabat YPU dan sekaligus mendapat manfaaf ini”, kata beliau.
Pada 27 Mac lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan RM5.9 bilion bagi program berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan COVID-19.
Kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini dan majikan yang memilih bantuan ini disyarat mengekalkan pekerja sekurang-kurangnya enam bulan.
Dengan pakej tambahan ini syarikat syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
Sumber: teganukita.net