Suami potong telinga isteri kerana kuat membawang dengan jiran sebelah sampai terlupa sediakan makanan


Gara-gara tidak menyediakan makanan, seorang lelaki tergamak memotong sebahagian telinga isterinya dalam kejadian yang pada Isnin lalu di Sulawesi Selatan, Indonesia. 

Akibatnya, mangsa yang berusia 39 tahun, mengalmai kecederaan parah dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 

Sementara itu, ketika disoal siasat polis, suspek, Baco Bolong atau Hasdi, 42, mengakui dia berbuat demikian hanya berniat untuk memberi pengajaran kepada isterinya. 

Hasdi mengakui dia emosi dan malu setelah mendapati isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya. 

Suspek kemudian memberi peringatan kepada mangsa agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi, tetapi mangsa bertindak menendang paha suspek. 

Berang dengan tindakan itu, suspek terus menarik telinga mangsa dan dikerat.

Terdahulu, polis berjaya menahan suspek yang didapati bersembunyi di rumah salah seorang penduduk. 

Ketika ditahan, polis menemui barang bukti yang merupakan sebahagian telinga mangsa yang dipotong dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu. 

Hasdi mengakui dia menyesal dengan apa yang telah berlaku dan merasakan dirinya dirasuk ketika kejadian itu. 

"Saya menyesal dengan perbuatan saya walaupun pada awalnya saya hanya mengancam dia tetapi disebabkan dia melawan dan mungkin saya telah dirasuk syaitan maka saya terpaksa melakukan tindakan itu," katanya. 

Keadaan mangsa stabil dan dibenarkan keluar dari hospital. Namun, mangsa masih mengalami trauma. 

Suspek kini disoalsiasat dan akan dikenakan tindakan undang-undang yang berkaitan dengan akta keganasan rumah tangga serta berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. 

Sumber: Kompas


Sumber : thereporter.my