Pada waktu ini, pihak Kementeri Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat menyediakan SOP yang sesuai untuk pelajar kembali ke sekolah yang akan dimulakan oleh pelajar Tingakat 5 & 6 tidak lama lagi.
Antara SOP yang akan dilakukan adalah seperti pemeriksaan suhu badan di sekolah dan pelajar juga akan makan di dalam kelas pada waktu rehat. Wah! Nampaknya impian pelajar untuk makan dalam kelas menjadi kenyataan selepas dilarang selama ini.
Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius...pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi. Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya. - Kata Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Semalam juga kita sudah boleh nampak gambar yang menunjukkan Dr Noor Hisham, ,Mohd Rabin Basir dan Dr Habibah Abdul Rahim bersama-sama kementerian lain melawat persediaan SOP dalam kelas di sebuah sekolah sebelum mula dibuka.
Bukan hanya sekadar di dalam kelas, laluan dari pintu masuk sehingga ke kelas juga akan ditanda dengan anak panah dan pelajar akan masuk ke sekolah mengikut giliran.
Guru-guru juga tidak perlu risau kerana akan ada penjarakan sosial ditanda di dalam bilik guru. Semoga usaha yang cuba dilakukan ini dapat dilaksanakan dengan baik.
OHMEDIA: KEJAYAAN SOP DI SEKOLAH INI HANYA DAPAT DILIHAT SEKIRANYA TIADA SEBARANG JANGKITAN DIREKODKAN SEPANJANG SEKOLAH KEMBALI BEROPERASI NANTI.
Kredit: Noor Hisham Abdullah
+ Baca respon pembaca yang akan mula hantar anak ke sekolah nanti di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media