realme telah melancarkan smartphone dibawah siri X iaitu realme X3 di pasaran India semalam dan merupakan adik kepada realme X3 Superzoom yang sudahpun masuk ke pasaran Malaysia awal bulan ini. Spesifikasi yang ditawarkan pada smartphone ini pun tak banyak beza sangat dengan realme X3 Superzoom.
realme X3 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.6 inci LCD Full HD bersama refresh rate 120HZ.Cip pemprosesan yang dikuasakan pula adalah Snapdragin 855+. Untuk memori, smartphone ini hadir dengan 8GB RAM dan storage sebesar 128GB UFS 3.0 gais. Bateri pada realme X3 ini berkapasiti 4,200mAh bersama 30W fast charging menggunakan USB Type-C.
Kamera utamanya semestinya low spec berbanding X3 Superzoom dab ia dilengkapi dengan quad kamera iaitu 64 megapixel sensor utama + 12 megapixel telefoto + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel makro yang menyokong hybrid zoom sehingga 20X. Untuk kamera hadapan pula hadir dengan 2 lensa iaitu 16 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide.
Harga realme X3 ni dianggarkan hanya RM1,400 sekiranya dijual di pasaran Malaysia nanti. Spec yang ditawarkan pada smartphone ni dah okay pada Ohmedia, cuma masih menggunakan LCD jer. Kalau smartphone ni dah gunakan OLED memang cun giler! Tapi kalau guna OLED harga mesti dah berganda pula nanti.
Kredit: GSM Arena
+ Baca respon pembaca smartphone terbaru realme di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media