Rancangan PKR Calonkan Anwar Sebagai PM Gagal! AMANAH & DAP Namakan TUN M


Baru sahaja sebentar tadi PKR mengumumkan nama calon Perdana Menteri mereka iaitu Anwar Ibrahim dengan menolak Tun Mahathir, tetapi lain pula yang jadi selepas rakan sekutu PKR iaitu AMANAH dan DAP dikatakan kekal menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Ini sekaligus menunjukkan kedua-dua parti ini menolak nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama dari kedua-dua parti ini dengan menjangkakan Anwar hanya akan mendapat sokongan maksimum 96 dari Ahli Parlimen dan usaha PKR mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga gagal.

Usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi. Memandangkan ia opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen pertama gagal mendapat sokongan mencukupi, diharapkan PKR kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden (PH) pada 30 Mei yang dipengerusikan Anwar sendiri iaitu menerima opsyen kedua. - Kata kenyataan yang dikeluarkan.

Nampaknya, blok pembangkang masih bersungguh-sungguh cuba menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ketika ini yang merupakan pemimpin pilihan Agong. Adakah ini satu langkah yang baik?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik Malaysia di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media