Keadaan di Amerika Syarikat (US) selepas kematian George Floyd semakin meruncing selepas orang awam melakukan rusuhan bagi menuntut keadilan. Laungan 'I can't breath' juga boleh didengari yang diambil dari kata-kata Floyd sebelum mati ditekan dengan lutut di bahagian leher oleh polis.
Tetapi, apa yang menarik perhatian Ohmedia adalah apabila bukan hanya orang awam dan artis yang menyertai perhimpunan ini, pihak polis Miami juga dikatakan telah bersama-sama menyertai perhimpunan solidariti buat George Floyd yang diadakan di Miami.
YES MIAMI pic.twitter.com/Mx1wx0kSn9— julia | blm (@beingsoIonely) May 30, 2020
Situasi menunjukkan protes masih berlaku di Miami, tetapi dalam keadaan aman dan tidak seperti apa yang berlaku di Minneapolis pada ketika ini. Keadaan di sana begitu ganas dan terlalu banyak kebakaran berlaku pada ketika ini.
+ Baca respon pembaca yang turut simpati apa yang terjadi kepada George di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media