Peti Ais, Tilam & Semua Keperluan Hanya 10 Sen! Lagi Usaha Murni Uncle Kentang


Tempoh hari, Ohmedia ada perasan satu posting yang menyatakan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan gelaran Uncle Kentang telah menyatakan hasratnya untuk berhenti melakukan bantuan selepas tiada lagi sumbangan yang diterimnya.

Bagaimanapun, usaha murni Uncle Kentang ini untuk membantu semua kaum di Malaysia dilihat tetap diteruskan selepas membuka pasar 10 sen dengan menjual barangan keperluan.

Ini dikongsikan sendiri Uncle Kentang di Facebook Kuan Chee Heng yang turut mengucapkan selamat hari bapa.

Antara barang yang paling mendapat sambutan adalah pakaian dan Kuan menyatakan dia gembira melihat orang susah dapat keluar rumah berbelanja.


Bukan pakaian sahaja, pelanggan juga boleh mendapatkan barangan elektrik seperti peti ais, keperluan rumah seperti tilam, rak terpakai dan juga permainan kanak-kanak pada harga juga 10 sen.


Semoga lebih ramai orang yang tampil dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih Uncle Kentang.

Kredit: Kuan Chen Heng

+ Baca respon pembaca yang suka lihat usaha Uncle Kentang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media