Penduduk Belanda Buat Tunjuk Perasaan Bantah Penjarakan 1.5 Meter


Jika ktia di Malaysia sudah mula dapat biasakan diri dengan norma baru, lain pula dengan apa yang terjadi di Belanda apabila sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul bagi membantah peraturan yang ditetapkan kerajaan termasuklah peraturan penjarakan sosial 1.5 meter.

Nampak kelakar, tetap inilah yang berlaku kepada mereka yang masih tidak dapat biasakan diri dengan norma baru.

Sebelum berlakukan perhimpunan, Datuk Bandar Johan Remkes telah melarang pada awalnya. Tetapi akhirnya terpaksa membenarkan perhimpunan dilakukan dengan syarat dalam masa yang terhad.

Penunjuk perasaan juga enggan meninggalkan perkarangan Malieveld berhampiran Central Station dan hampir 400 orang ditahan di bawah undang-undang demonstrasi awam. Hanya lima orang ditahan di Central Station kerana membaling batu. - Berdasarkan laporan yang diterima.

Jika dilihat kepada rekod semasa, Belanda telah mencatatkan 49,593 kes positif dan 6,000 kematian. Belanda juga menjadi satu-satunya negara di Eropah yang membenarkan semua aktiviti beroperasi seperti biasa dengan syarat pengamalan penjarakan sosial dan maksimum 30 orang sahaja dalam satu masa.

OHMEDIA: DIHARAPKAN RAKYAT MALAYSIA TERUS MENGAMALKAN NORMA BARU YANG TELAH DITETAPKAN DAN TUNJUKKAN PADA DUNIA KITA MAMPU MELAKUKAN INI.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang boleh amalkan norma baru di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media