Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Dinie Zil Iqram berkongsi pengalamannya menjadi pemandu Grab membawa penumpang mabuk pulang ke rumah. Dia juga memberi pendapat bahawa individu yang mabuk tidak perlu memandu kereta kerana boleh menyebabkan pelanggaran orang yang tidak bersalah di atas jalan raya.
Kalau tak ada duit untuk naik public transport, tak perlu lah mabuk. Senang kan? Bukan apa, daripada korang memandu kereta sendiri ketika khayal boleh menyebabkan nyawa orang melayang tau?! Tak pasal-pasal end up kena tangkap dengan polis nanti.
Apa lah susah sangat untuk book Grab lepas mabuk. Aku sebagai Grab driver rileks je siap bagi pinjam bahu lagi untuk customer mabuk sandar kepala. Dah tahu mabuk, takyah susah-susah drive. Kalau tak ada duit untuk Grab, takyah lah mabuk. Senang kan? Tak ada lah langgar orang sampai mati nanti.
Apa lah susah sangat untuk book Grab lepas mabuk. Aku sbg Grab driver rileks je siap bg pinjam bahu lagi untuk customer mabuk sandar kepala.— Fernandinies (@dinieziliqram) June 2, 2020
Dh tahu mabuk, tkyah susah susah drive. Kalau tkde duit untuk Grab, tkyah lah mabuk. Senang kan? Tkde la langgar orang sampai mati nanti. pic.twitter.com/Yz7adpoSDy
Betul cakap brother ni! Sebelum ni banyak betul kes pemandu mabuk langgar orang awam sehingga maut kan? Ohmedia harap pihak berkuasa dapat memberi hukuman yang lebih berat kepada pemandu mabuk dekat Malaysia ni.
OHMEDIA: TERBAIKLAH BROTHER NI!
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca tak suka pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media