Siapa jer tak kenal dengan pelakon dan pelawak, Hamid Gurkha yang berusia 88 tahun. Ohmedia masih ingat lagi dia berlakon dalam filem Zombie Kampung Pisang. Comel jer!
Kalau korang nak tahu, isteri kepada pelakon tersebut, Timah Abdul Hamid berusia 64 tahun memaklumkan bahawa Pak Hamid kini mengalami masalah pendengaran sejak beberapa tahun yang lalu. Disebabkan itu dan faktor usia, dia kini tidak dibenarkan aktif berlakon lagi oleh anak-anaknya.
Pak Hamid suka berdikari dan kalau mahu ke mana-mana, masih nak memandu kereta sendiri. Jadi, kenalah saya ikut sebagai peneman untuk membantu dia ketika memandu. Maklumlah, pendengaran dah kurang dan dengan adanya saya bersama, dapatlah bercakap dan memberi arahan kepadanya dengan lebih jelas. Pak Hamid pun kali terakhir berlakon seingat saya dalam filem Alamak Toyol pada 2011, dan selepas itu dia hanya muncul dalam beberapa program TV yang berkonsep lawak jenaka. Namun, sejak beberapa tahun lalu dan mungkin agak lama juga tidak berlakon baru diketahui suami saya ada masalah pendengaran.
Untuk pengetahuan, Pak Hamid dan isterinya mempunyai lapan orang anak dan mempunyai 32 orang cucu serta 14 cicit. Wah! Apapun, Ohmedia doakan agar Pak Hamid sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
OHMEDIA: FUH! RAMAI BETUL CUCU PAK HAMID.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media