Manchester City Kini 20 Mata Di Belakang Liverpool


Manchester City terus memberi saingan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool selepas menang bergaya 5-0 ke atas Burnley dalam perlawanan liga awal pagi tadi. City yang sebelum ini menang 3-0 ketika bertemu Arsenal mendominasi perlawanan dan hasilnya pemain muda berusia 20 tahun, Phil Foden berjaya menjaringkan gol pertama menerusi rembatan dari luar kotak penalti.


Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Riyad Mahrez menambah gol kedua City selepas berjaya mengelecek pertahanan Burnley sebelum melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Pope. Mahrez sekali lagi menyumbat gol kedua peribadi beliau pada masa kecederaan melalui sepakan penalti selepas Aguero dijatuhkan pemain lawan.


Bersambung babak kedua, City terus berpesta gol apabila David Silva mencetak nama selaku penjaring gol keempat selepas menerima hantaran dari Bernardo Silva pada minit ke-51. Kemudian giliran Phil Foden pula memahat nama selaku penaring gol kelima selepas menyempurnakan hantaran daripada Gabriel Jesus pada minit ke-63. Keputusan ini menyaksikan Manchester City kini berada 20 mata di belakang Liverpool.


OHMEDIA: NAMPAKNYA MANCHESTER CITY TERUS BERUSAHA UNTUK MENGEKORI RAPAT LIVERPOOL

+ Baca respon pembaca Manchester City kini 20 mata di belakang Liverpool di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media