'Mama, mana tv kita?' - Rumah licin disamun bekas penyewa depan rumah


Satu kes kecurian telah berlaku di sebuah rumah di sekitar Johor Bharu. Mangsa hanya menyedari kejadian itu ketika baru pulang dari Seremban. Dianggarkan hampir 50 barangan berharga telah dilarikan oleh suspek. Mangsa juga mengesyaki kejadian itu didalangi oleh bekas penyewa di depan rumah mereka dan kes masih dalam siasatan. 

Luluh hati pasangan ini bila mengenangkan barang-barang yang hilang itu adalah hasil usaha mereka mengumpulkan barangan itu sedikit demi sedikit. Lagi memilukan, apabila anak-anak mereka mula bertanyakan barang-barang yang hilang. 

ASSALAMUALAIKUM semua rakan-rakan kenalan.

Maaf kami sekeluarga pohonkan, baru berkesempatan update untuk you all yang bertanya. Terima kasih untuk yang bertanya, tak putus-putus pm, WhatsApp, Messenger, call tanya apa yang terjadi pada kami sejak sampai Johor Bharu pada 10 haribulan hari tu.

Untuk pengetahuan, kami tiba dari Seremban pada jam 12 tengah hari. Bila sampai rumah JB, rumah kitorang dah dipecah masuk dan banyak barang-barang hilang. Kalau nak listkan, dekat 50 barang berharga kami, kes dah pun dalam siasatan. Suspek penyewa rumah depan kami yang dah sewa rumah depan dari bulan November 2019 sehingga dia pindah pada 6/6/2020 minggu lepas.









Mohon rakan-rakan kenalan doakan kami sekeluarga kuat menghadapi dugaan kali ini untuk kami. Sedih sangat, bila harapan kami bawa orang baru, baby Aifa Nadhirah, yang tak pernah tengok rumah dia sebelum ni sudah tak ada apa-apa yang berharga tinggal. Sampaikan katil tilam kami dia sapu masa dia pindah, Mujur ada satu toto dia tak nampak dan baby dapatlah tidur di atas toto dan lantai.

Anak-anak belum tau apa yang terjadi, cuma kakak Aira dan kakak Aina je banyak bertanya.

"Mana tv kita mama, macam mana nak tengok tv dan kartun?"

Sampai hari ini diorang tak tahu satu beg plastik teddy bear diorang pun dicuri orang. Sambil-sambil bertanya lagi, "Papa mana kerusi kita, mana meja makan kita? Kita nak makan mana ada meja, tak ada kerusi nak duduk la mama".




Sayu hati kami nak jawab, tapi kuatkan semangat juga jawab. Masih diorang tak faham bila cakap orang curi dan ambil.


Semoga pencuri cepat-cepat diberkas dan Allah pulangkan semula barang-barang kami. Bukan mudah untuk kami dapatkan semua barang yang diambil tu, Ambil masa untuk kumpul satu-satu sampai penuh rumah ni. Mohon semua doakan keselamatan kami untuk kami teruskan kehidupan baru dan dapat semangat baru dari kalian selepas ini.

Terima kasih semua, maaf 2,3 hari ini kami sibuk uruskan kes dan turun naik balai dan IPD. Tak dapat balas WhatsApp, komen, call anda secepat mungkin.

Sumber: Rafi Hashim


Sumber : thereporter.my