Melalui sidang media semalam Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa Malaysia mampu memutuskan kadar jangkitan COVID-19 tanpa vaksin sekalipun jika rakyat Malaysia mematuhi standard operasi pengoperasian (SOP) pencegahan yang telah digariskan oleh KKM. Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu vaksin, ia memakan waktu yang lama.
Beliau berkata sedemikian berdasarkan pengalaman beberapa negara yang berdepan dengan pandemik sebelum ini tanpa menggunakan vaksin, misalnya Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-Cov) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Sumber gambar dari ILoveBorneo |
OHMEDIA: SEGALANYA TERPULANG KEPADA KITA UNTUK MENJAYAKAN MISI STRATEGI KELUAR DARI PKPP INI. OLEH YANG DEMIKIAN, PATUHILAH SOP YANG TELAH DITETAPKAN, JANGAN AMBIL MUDAH!
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca Malaysia boleh bebas jangkitan tanpa virus di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media