Lebih 70 Juta Batang Rokok Seludup Dirampas Yang Ditemui Dalam 7 Kontena


Nampaknya bekalan untuk perokok-perokok tegar tersangkut lagi selepas sebanyak 70,960,000 batang rokok seludup yang cuba masuk dari Sarawak telah berjaya dirampas oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Sebanyak 7 kontena yang mencurigakan itu telah masuk melalui Pelabuhan Bintulu pada 13 Jun lalu dan cubaan mereka tidak berjaya apabila penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kapal kontena.

Kapten kapal sebelum itu menyerahkan dokumen masuk bagi 237 kontena yang akan didaratkan di Pelabuhan Bintulu. Semakan ke atas dokumen berkenaan mendapati sebanyak 129 kontena tidak diikrar dalam daftar masuk termasuk tujuh kontena yang disyaki mengandungi rokok putih. - Kata Pengarah JKDM Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha.

Anggaran nilai bagi lebih 70 juta rokok seludup ini adalah sebanyak RM6.3 juta manakala duti dan cukai pula bernilai RM47.4 juta.

OHMEDIA: MUNGKIN INILAH MASA YANG SESUAI UNTUK KORANG BERHENTI MEROKOK. JANGAN PAKSA DIRI BELI ROKOK MAHAL WALAUPUN TAK ADA FULUS YA!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang cuba berhenti merokok di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media