Ohmedia dah lama tak tengok pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan suaminya, Engku Emran yang juga merupakan bekas suami kepada Erra Fazira memuatnaik gambar bersama di laman sosial. Apa sudah jadi gais?
Hubungan pasangan ini terus menjadi teka teki sehingga sekarang. Sebelum ini, Laudya juga dikhabarkan mahu menjual salah satu rumahnya yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia.
Apa yang lebih mengejutkan adalah mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram tetapi masih terdapat gambar Bella di akaun milik suaminya itu. Kalau korang nak tahu, dulu Emran meletakkan gambar dengan Laudya sebagai gambar profilnya tetapi kini sudah menukarkan kepada gambar bersama anak perempuannya yang bernama Engku Aleesya.
Tak apalah, gais. Kita doa jelah yang baik-baik buat Laudya Cynthia Bella dan juga Engku Emran. Untuk pengetahuan, pasangan ini telah berkahwin pada bulan September 2017.
OHMEDIA: KITA TUNGGU JER KEBENARAB DARI TUAN PUNYA BADAN!
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media