KKM Sahkan Tukang Gunting Rambut Warga Asing Positif


Sebelum ini ada berita mengatakan seorang tukang gunting rambut didapati positif Covid-19 dan hari ini pihak Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan perkara itu.

Dari apa yang dimaklumkan, dipercayai tukang guntung rambut itu adalah warga asing dan didapati positif Covid-19 selepas beberapa 3 hari pihak kerajaan membenarkan perkhidmatan ini kembali beroperasi.

Bagaimanapun, 40 orang kontak rapat turut berjaya dikenal pasti. Seorang tukang gunting rambut BWN dikesan positif Covid-19. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 11 Jun. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Jumlah kontak yang dikenal pasti adalah seramai 40 orang termasuk 4 rakan serumah. Mereka diminta untuk kuarantin di rumah. - kenyataan KKM di Facebook.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Datuk Seri Ismail dalam sidang media telah mengarahkan untuk tukang gunting rambut warga asing melakukan swab test dahulu sebelum memulakan operasi. Mereka hanya dibenarkan untuk membuka jika keputusan negatif dan jika mereka melanggar arahan, boleh dikenakan denda.


Kredit: KKM

+ Baca respon pembaca yang sudah mula gunting rambut di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media