Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid kembali mencatatkan kemenangan di La Liga selepas menewaskan Eibar 3-1. Ini merupakan perlawanan pertama selepas 3 bulan mereka berehat akibat Covid-19 yang sedang melanda dunia.
Dalam perlawanan ini, Real tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan cantik Toni Kroos pada minit ke-4. Tuan rumah menambah gol kedua pada minit ke-30 menerusi satu serangan balas sebelum disempurnakan dengan baik oleh pemain pertahanan, Sergio Ramos.
Tujuh minit kemudian giliran Marcelo pula memahat nama selaku penjaring gol ketiga hasil rembatan padu untuk menewaskan penjaga gol Eibar. Walaubagaimanapun, Real terpaksa berputih mata seketika apabila Sergio Ramos dan Eden Hazard dikeluarkan selepas mengalami kecederaan. Eibar berjaya memperolehi gol saguhati pada minit ke-60 menerusi Pedro Bigas.
Keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat. Real Madrid kini ketinggalan 2 mata di belakang pendahulu liga FC Barcelona yang sebelum itu menewaskan Real Mallorca 4-0.
OHMEDIA: PERSAINGAN SENGIT ANTARA REAL MADRID DAN BARCELONA UNTUK MEREBUT KEJUARAAN LA LIGA PADA MUSIM INI
+ Baca respon pembaca kemenangan pertama Real Madrid selepas berehat selama 3 bulan berehat di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media