Jadikan Amalan 3W Sebagai Norma Baharu - Alias



Oleh: Safwan Syakir

KUALA NERUS, 6 Jun - Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan tiga elemen iaitu Wash(Cuci), Wear(Pakai) dan Warn(Amaran) 3W sebagai Norma Baharu dalam memutuskan penularan Covid19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata ini merupakan satu cara dalam mendidik masyarakat  kearah mengamalkan 3W utk menggelakkan jangkitan virus Covid19.

"Alhamdulillah penularan ataupun jangkitan virus Covid19 di Terengganu terkawal, jadi kita ingin memastikan ia tidak berulang, tidak ada kluster baharu, maka kita amalkan satu cara hidup baharu, selalu membasuh tangan, memakai mask, dan ada penjarakan sosial dalam hubungan kita seharian.

" Inilah hasrat kita sebab kadang-kadang, kita mewar-warkan dalam media massa, media cetak , media sosial dan sebagainya, kita takut ada juga golongan yang tidak sampai maklumat itu.

"Jadi atas dasar tanggungjawab sebagai wakil rakyat, saya turun khusus ke pasar hari ini untuk memastikan ia diamalkan dan menjadi suatu maklumat yang sampai kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal ini," katanya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri( ADUN) Bukit Tunggal  berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengagihkan penutup mulut dan hidung(mask) kepada para peniaga di pasar Batu Enam dan  Bukit Tunggal, hari ini.

Katanya, kempen 3W juga perlu diamalkan  di setiap pasar supaya pelanggan dan juga peniaga sendiri boleh kerap membasuh, mencuci tangan utk menggelakkan jangkitan Covid19 ini.

Jelas beliau, hubungan dua hala antara peniaga dan pelanggan akan lebih selamat jika mengamalkan tiga elemen ini bagi mengurangkan risiko penularan.

Sumber: teganukita.net