Hukum Menutup Mata Ketika Solat



SOALAN 


Ohmedia pasti ada antara kita yang suka menutup mata ketika solat. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN 


Hukum menutup mata tanpa sebarang keuzuran ketika mengerjakan solat adalah makruh. Inilah pendapat ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan sebahagian ulamak mazhab Syafie.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. berkata Rasulullah saw bersabda :

إذا قام أحدكم في الصلاة فلا يغمض عينيه


Artinya : “Apabila berdiri seorang kamu di dalam solat maka janganlah dia memejamkan akan kedua matanya.” (Hadith At-Tabarani di dalam Mu’jam Kabir)


Dan sebab dimakruhkan memejamkan mata itu ialah kerana menyalahi akan sunnah dimana Rasulullah saw ketika solat kedua matanya memandang ke tempat sujud.

Berkata Imam Al-Kasaani :


كره لأنه خلاف السنة في أنه يشرع رمي العينين إلى موضع السجود ، ولأن لكل عضو حظه من العبادة وكذلك العينان


Artinya : “Dimakruhkan tutup mata kerana sungguhnya yang sunnah ialah memandang kedua matanya kepada tempat sujud.” (Kitab Badai’us As-Shonaai’)


Namun jika memejamkan mata mendatangkan khsuyuk tidak sebagaimana membuka matanya maka memejamkan mata tidak lagi dimakruhkan.

Tersebut pada kitab Zadul Ma’ad :


وقال الإمام العز بن عبد السلام في فتاويه بالجواز عند الحاجة إن كان ذلك أخشع للمصلي في صلاته


Artinya : “Dan berkata Imam Izzuddin bin Abdis Salam dengan harus memejam mata ketika berhajat jika ia lebih mendatangkan khusyuk bagi orang yang sembahyang.”


Berkata Syeikh Dr Muhammad Abdul Sami’ seorang anggota majlis fatwa negeri Mesir :


ان إغماض العينين فى الصلاة يُكره، ولكن إذا فعل المصلي هذا لاستحضار الخشوع في الصلاة فلا شيء فيه.


Artinya : “Sungguhnya menutup dua mata di dalam solat dimakruhkan akan tetapi apabila seorang yang sembahyang melakukannya supaya khusyuk ia di dalam sembahyang nescaya tidaklah mengapa.” (Darul Ifta Mesir)


Kesimpulan


Sunat bagi orang yang solat memandang kepada tempat sujud ketika di dalam solat melainkan ketika duduk tahyat maka sunat melihat kepada jari telunjuknya.

Makruh memejamkan mata di dalam solat melainkan jika tidak dipejamkan matanya dia tidak khusyuk di dalam solatnya atau ada suatu yang mengganggu hatinya.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus


+ Baca respon pembaca hukum menutup mata ketika solat di Facebook Oh! Media 

Sumber: Oh! Media