Alamak! Apa dah jadi sebenarnya gais? Ohmedia dengar cerita karikatur berbentuk sindiran yang dimuatnaik oleh Pencetus Ummah (PU) Rahmat di Instagram baru-baru ini dikaitkan dengan rapper Caprice.
Karikatur lelaki yang memakai hoodie dan topi itu telah mendapat perhatian warganet kerana seakan-akan sama seperti rapper tersebut.
Salam @pu_rahmat_official you think that sharing this photo is funny? Ramai orang tag/dm Caprice gambar ni. Mamat yang pakai hoodie + topi tu Caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya Caprice soalan tentang agama? Tolong screenshot and bukti siapa yang pernah tanya Caprice soalan tentang agama?
Orang bodoh je akan cari Caprice dan tanya soalan-soalan tentang agama. Maaf ceq tak cukup ilmu. Tapi hang tau tak siapa bina apps untuk kasi orang lagi senang cari ustaz? Siapa bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz-ustaz?
Siapa bina IslamPro untuk kita book + cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berubat secara islam, atau kaunseling islamic? Mamat yang pakai hoodie tu. Kita dah lama bina dan berjuang untuk anak muda kita cari ilmu + ustaz. #rapatkansaf2040
Tak apa, kalau Caprice kurang ilmu agama Caprice sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar. Hang dari dulu butthurt dengan Caprice sebab ceq tak pernah cari hang kot? Kalau butt hurt sangat ceq nak pesan sapu minyak cap kapak dekat buntut sambil zikir InsyaAllah hang tido dengan tenang. P.S- Kalau ade masa PU, boleh tak bagi tahu kepada public siapa INFLUENCER Instagram tersebut secara jelas? Sebab ceq nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dengan ustaz dan mufti.
Tak apa lah gais, kita tunggu jer penjelasan daripada PU Rahmat pula. Manalah tahu karikatur yang dimuatnaik olehnya itu adalah bukan Caprice tetapi tuju kepada semua orang.
OHMEDIA: MUNGKIN DITUJUKAN KEPADA SEMUA WARGANET YANG SUKA BERTANYA TENTANG AGAMA KEPADA INFLUENCER KAN.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media