Elak Diusir, Sindiket Sengaja Bocor Dan Rosakkan Enjin Bot


Baru-baru ini polis maritim telah menahan sebuah bot membawa PATI Rohingya yang dikesan di perairan Langkawi.Ketika serbuan dilakukan, beberapa orang Pati telah bertindak terjun ke laut dan cuba berenang menuju ke pantai namun berjaya ditahan oleh anggota APMM.

Siasatan mendapati seramai 216 orang dan satu mayat wanita diatas bos berkenaan. Pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan bahawa bot berkenaan sengaja dibocorkan dan dirosakkan enjinnya. Jelas APMM, perkara tersebut sengaja dilakukan bagi mengelakkan Pati berkenaan diusir kembali ke laut.

Sumber gambar hiasan dari @mwl3_tldm
Atas dasar kemanusiaan, pihak APMM telah bertindak memberi bantuan kepada mereka. Dipetik dari Harian Metro, mereka kini ditempatkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi. Pihak APMM menggesa agar masyarakat terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai aktivit penyeludupan, Pati, atau pencerobohan sempadan di hotline Pusat Operasi NTF (011-62511223).

OHMEDIA: MAKIN PANDAI SINDIKET NI BUAT KERJA. SINIDIKET NI KALAU KENA TANGKAP, PATUT HUKUM GANTUNG JE. BARU TAHU RASA!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca sindiket sengaja bocor dan rosakkan enjin bot di Facebook Oh! Media









Sumber: Oh! Media