Ohmedia dah lama tak bercerita tentang adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang pernah menjadi perhatian satu Malaysia pada tahun lepas kerana membuang ketumbuhan seberat 200gram di bahagian mulutnya di London, United Kingdom (UK). Mesti korang pun rindu dia kan? Hehe.
Melihat keadaan Ainul yang semakin lasak dan pandai bermain sendiri, saya dan isteri perlu beri perhatian lebih ketika dia minum susu menggunakan mesin kerana pernah terjadi mesin terbalik ditarik Ainul serta terkena sedikit di kepalanya. Sejak itu, apabila Ainul menyusu, kami akan berikan fokus sekurang-kurangnya sejam dan tidak boleh biarkan dia bermain ketika itu kerana bimbang insiden berulang. Alhamdulillah, berkat doa semua dapat juga kami sekeluarga meraikan Aidilitiri bersama Ainul dan berharap Allah sentiasa memberkati kehidupan kami sekeluarga dan dipanjangkan usia Ainul dengan kesihatannya semakin baik.
Walaubagaimanapun, pelatih pakar bedah Malaysia iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri rasa bersyukur apabila mendengar perkembangan positif daripada adik Ainul Mardhiah. Apapun, Ohmedia doakan agar Ainul cepat membesar dan menjadi anak solehah ya.
Alhamdulillah 🙏🏽 https://t.co/EyXPPdVvad— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 7, 2020
OHMEDIA: KEJAPNYA AINUL DAH BESAR!
Kredit: Harian Metro | Twitter | Instagram
+ Baca respon pembaca sayang Ainul di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media