Jika sebelum ini Chelsea dikatakan hampir mendapatkan penyerang Jerman, Timo Werner. Kali ini skuad bimbingan Frank Lampard ingin bersaing dengan Manchester United untuk memburu khidmat pemain muda Leverkusen, Kai Havertz.
Nampaknya Lampard ingin melakukan perubahan drastik kepada Chelsea bagi menghadapi saingan liga selepas ini. Lampard yang merupakan bekas pemain Chelsea dan England bersiap sedia untuk melepaskan beberapa pemain utama The Blues untuk mendapatkan pemain muda di Bundesliga.
Untuk pengetahuan korang, Chelsea sebelum ini telah digantung untuk membeli pemain kerana melanggar peraturan pendaftaran pemain bawah umur. Justeru itu, mereka pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pemain baru berkualiti bagi merebut kejuaaran Liga Perdana Inggeris pada musim depan.
OHMEDIA: SAMA-SAMA KITA MENYAKSIKAN CHELSEA MELAKUKAN COMEBACK UNTUK BERADA DI KELOMPOK 2 TERATAS LIGA PADA MUSIM DEPAN
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca Chelsea sedia cantas MU untuk dapatkan Kai Havertz di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media