CCTV Hospital Tunjukkan Rakaman Misteri Wheelchair Bergerak Sendiri! Ditolak & Ditarik


Ahh sudah! Siapa pula yang main tolak tarik kerusi roda ni? Pagi tadi, portal The Sun ada kongsikan satu video di Twitter mereka yang menunjukkan sebuah rakaman CCTV yang merakam sebuah kerusi roda yang diletakkan di tepi tangga telah bergerak dengan sendirinya.

Jika ia hanya bergerak ke hadapan sahaja, mungkin kerusi roda tersebut tertolak dengan sendiri, tetapi boleh pula kerusi roda tu ditarik kebelakang pula secara tiba-tiba bagaikan ada orang yang menariknya.

Kejadian misteri ini dikatakan berlaku di sebuah hospital di Thailand.


Bagaimanapun, ada yang memberikan komen yang kejadian ini hanya kerana angin kuat dan mungkin kerusi roda berkenaan tergelincir.

OHMEDIA: BIARLAH APA YANG TERJADI SEKALIPUN, ASALKAN MAKHLUK TU TAK TUNJUKKAN DIRI. HAHA!

Kredit: The Sun

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media