Berkenalan Sejak 15 Tahun Lalu, Akhirnya Joe Flizzow Sah Suami Kepada Marini


Akhirnya, penyanyi rap terkenal tanah air Joe Flizzow selamat disatukan dengan pasangan pilihan hati iaitu Marini Ramlan hari ini.

Majlis yang diadakan cukup sederhana itu dikongsikan oleh Joe Flizzow sendiri dan diadakan mengikut SOP yang ditetapkan.


Sudah lama juga Joe Flizzow merancang untuk bernikah sebenarnya guys dan ikutkan majlis diadakan pada bulan April yang lepas lagi.

Alhamdulillah, majlis berlangsung penuh bermakna. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Saya tidak sabar bertemu peminat sebaik wabak ini berakhir. - Katanya.

Cantik dan sepadan betul bila lihat pasangan ni menggayakan busana tenun Pahang warna krim. Semoga hubungan yang dicipta oleh Joe dan Marini selama lebih 15 tahun ini selepas berkenalan, kekal sehingga akhir hayat.


+ Baca respon pembaca yang minat dengan Joe di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media