Berat Lelaki Ini Naik Sehingga 280KG Akibat 5 Bulan Perintah Berkurung


Berapa berat korang sekarang bila bandingkan sebelum PKP dan PKPP pada waktu ini? Naik 10kg? 20kg? Itu tidak cukup mengejutkan kerana seorang lelaki dari Wuhan China dikatakan meninkat sebanyak 100kg sepanjang lima bulan berada di dalam rumah sepanjang tempoh perintah berkurung.

Memetik Laporan Sinar Harian, berat lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Zhou itu telah mencecah 280kg selepas tidak berjaya mengawal pemakanan normal sepanjang berkurung di dalam rumah.

Zhou berkurung di dalam rumah pada Januari yang lalu dan hanya keluar dari rumah untuk kali pertama pada 1 Jun lepas untuk menjalankan rawatan di hospital.

Zhou mengalami gangguan tidur kerana berat badan melampau dan terpaksa meminta bantuan untuk merawat penyakitnya. Zhou berkata, dia tidak boleh tidur selama 48 jam dan berasa tidak selesa. Sebaik menerima rawatan, Zhou mengalami pelbagai gejala seperti masalah jantung dan pernafasan.Selama 10 hari, doktor berusaha menstabilkan Zhou dan pada 11 Jun, keadaannya semakin baik dan stabil. - Kata Timbalan pengarah Pusat Pembedahan Obesiti dan Metabolik hospital di Wuhan, Li Zhen.

Jadi, korang beringatlah dari awal sebelum jadi macam ni. Memang wujud orang yang bila stres akan ambil makanan yang banyak. Walau apa jua keadaan, kesihatan tetap kita perlu jaga.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang berat makin naik masa PKP ni di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media