Angkara Pemandu Mabuk, Seorang Lelaki Temui Ajal Lepas Buat Food Delivery Masakan Isteri


Episod kecuaian pemandu mabuk nampaknya tiada kesudahan apabila pagi tadi telah berlaku kemalangan maut membabitkan pemandu kereta Grand Livina dengan seorang penunggang motosikal EX5.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala KL lebih kurang pada jam 1.30 pagi. Dipetik dari Berita Harian, mangsa Mohamed Zaili Mohamed disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menjelaskan mangsa meninggal dunia setelah motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh dari belakang oleh pemandu Grand Livina yang berusia 21 tahun.

Tambah beliau, rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa tercampak dan motosikal miliknya diseret sejauh 2KM dari tempat kejadian.


Jelas Zulkefly lagi, suspek memberhentikan kenderaan setelah ditahan oleh orang awam yang berada ditempat kejadian. Suspek kemudian di bawa ke Balai Polis Tun H S Lee dan suspek kemudian didapati mengambil minuman beralkohol setelah saringan ujian kandungan alkohol melalui pernafasan disahkan positif.

Untuk info, mangsa dalam perjalanan balik kerumah di Bukit Antarabangsa selepas membuat food delivery yang dijual oleh isteri mangsa.

OHMEDIA: ENTAH BILA HUKUMAN BERAT UNTUK PESALAH PEMANDU MABUK NI NAK DIPINDA. SEMAKIN HARI ADA SAJA KES KEMALANGAN MAUT MEMBABITKAN KECUAIAN PEMANDU MABUK NI. MEREKA-MEREKA NI PATUT DISABITKAN HUKUMAN MEMBUNUH DENGAN NIAT, SEBAB MEREKA SEDAR KEBURUKAN MENGAMBIL ALKOHOL KETIKA MEMANDU.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pemandu mabuk langgar seorang lelaki yang baru saja buat food delivery di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media