Baru-baru ini telah trending satu challenge di media sosial iaitu, Lathi Challenge yang asalnya dari Indonesia. Dalam challenge berkenaan menunjukkan gelagat seorang wanita tanpa makeup pada mulanya sehingga bertukar menjadi seorang yang menakutkan berdasarkan lagu yang berjudul Lathi berkenaan.
Bekas pemenang program Pencetus Ummah, Syed Bakri Al-Yahya menyifatkan bahawa challenge berkenaan adalah haram dilakukan oleh mereka yang beragama Islam. Jelas beliau perbuatan berkenaan bertentangan dengan apa yang sepatutnya dituntut dalam Islam.
“Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg buruk) dalam Islam, maka baginya DOSA amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) DOSA orang yang mengamalkannya selepasnya” ( HR Imam Muslim)
Tambah beliau, kita tidak harus melakukan perkara yang bertentang dengan syarak kerana hukum agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nasnya sendiri. Beliau juga turut memetik bahawa kita sebagai orang Islam seharusnya tidak meniru perbuatan sesuatu kaum meskipun challenge berkenaan dilakukan orang oleh orang Indonesia dan beragama Islam.
PU Syed berkata, beliau tidak dapat melakukan apa-apa untuk menahan perbuatan Lathi Challenge berkenaan dilakukan kecuali hanya mampu menegur.
OHMEDIA: CHALLENGE YANG POPULAR KAT MEDSOS NI TAK SEMUA KITA BOLEH IKUT, KENALAH TAPIS DAHULU. LAGI SATU, BENDA BERKAITAN AKIDAH NI JANGAN FIKIR GUNA AKAL RASIONAL, KENA RUJUK AGAMA. BARU TAHU BETUL ATAU SALAH.
Kredit: Instagram Syed Bakri Al-Yahya
Sumber: Oh! Media