Adakah Solat Kita Sah Jika Terdapat Najis Pada Badan?


SOALAN 

Ohmedia yakin ada di antara kita yang perasan terdapat najis pada tubuh badan selepas selesai mengerjakan solat. Adakah solat kita itu sah sedangkan kita tidak pasti ada najis pada badan ketika sedang solat?

JAWAPAN 

Siapa yang mendapati dia telah sembahyang dengan membawa najis samada pada badannya atau pakaiannya maka solatnya itu tidak sah dan wajiblah diulangi solat tersebut.

Akan tetapi jika dia tidak pasti samada najis itu mengenainya ketika solat atau selepas solat maka solatnya itu sah dan tidak wajib dia ulangi.

Tersebut pada himpunan fatwa Mufti Baitul Maqdis :

في هذه الحالة عليها قضاء صلاتي المغرب والعشاء لأنها صلاتها تبطل في المذاهب الثلاثة ( غير المالكية ) لأن الطهارة مطلوبة في الواقع لقوله تعالى : { وثيابك فطهّر } . أما من صلى ثم وجد نجاسة في بدنه أو ثيابه لا يعلم هل كانت عليه في الصلاة أم لا فصلاته صحيحة لأن الأصل عدمها في الصلاة .
Artinya : “Pada masalah ini yaitu najis ada ketika mengerjakan solat maka wajib atasnya qadha solat yang telah dia lakukan kerana sungguhnya solatnya itu batal pada tiga mazhab selain Maliki dari kerana sungguhnya suci dari najis itu dituntut pada keadaan sebenar kerana firman Allah Taala : Dan akan pakaianmu itu bersihkanlah.

Ada pun orang yang solat kemudian mendapati ada najis pada badan atau pakaiannya dan dia tidak tahu samada najis itu sudah ada ketika solat atau tidak maka solatnya itu sah kerana bahawasanya yang asal itu tiada najis padanya didalam solat.”

wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca adakah solat kita sah jika terdapat najis pada badan? di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media