5 Punca Resdung Sukar Untuk Dipulihkan


Resdung merupakan penyakit hidung yang berpunca akibat jangkitan bakteria. Antara tanda-tanda resdung adalah hidung mengalami kegatalan, berhingus dan tersumbat, Kadangkala resdung juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit kepala . Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsikan dekat korang 5 punca yang menyebabkan penyakit resdung sukar untuk dipulihkan.

Tidak Mengambil Ubat


Jika korang disahkan mempunyai penyakit resdung, korang perlu mengamalkan langkah-langkah yang dapat menghentikan punca alahan antaranya mengambil ubat yang telah doktor berikan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan serangan boleh resdung berlaku dengan lebih kerap. 


Tidak Menjaga Pemakanan


Kadangkala orang yang mengalami resdung sudah tahu makanan yang perlu mereka elakkan seperti udang, sotong dan kerang supaya tidak mengalami alahan. Walaubagaimanapun, mereka tetap berdegil dan ingin mengambil makanan tersebut kerana terlalu mengikut nafsu. Hal ini akan menyebabkan resdung tidak akan sembuh.


Tidak Berjumpa Doktor


Jika korang rajin berjumpa doktor mengikut tarikh yang ditetapkan, pasti masalah resdung yang korang alami akan semakin berkurangan dan akhirnya sembuh. Sekiranya malas untuk berjumpa doktor, masalah resdung yang korang alami pasti tiada penghujungnya. 

Tidak Tahu Punca Alahan


Sekiranya resdung dan keradangan (Rhinits) berlaku, ia akan menyebabkan kita mengalami simptom-simptom seperti kerap bersin, hidung menjadi gatal, hidung tersumbat dan hidung berair. Jika masalah resdung korang menjadi lebih teruk, simpton tersebut akan terjadi pada mata, telinga dan tekak. Justeru itu, pastikan korang mendapatkan rawatan jika mengalami gejala tersebut.

Membuat Rawatan Yang Salah


Ramai di antara kita lebih mempercayai rawatan resdung yang menggunakan lilin dan asap sebagai bahan untuk memulihkan resdung tanpa mengetahui keberkesannya. Oleh itu, korang digalakkan untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat yang diberikan kerana itu merupakan cara terbaik untuk menyembuhkan resdung. 

OHMEDIA: SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT UNTUK KORANG SEMUA

+ Baca respon pembaca 5 punca resdung sukar untuk dipulihkan di Facebook Oh! Media 






Sumber: Oh! Media