Berita baik buat semua umat islam di Negeri Kelantan setelah berlaku sedikit penambahan daripada 12 ke 40 orang jemaah yang akan mengerjakan solat Jumaat bermula lusa ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Namun, Kesemua 40 jemaah tersebut hanya diberikan kepada mereka yang terpilih iaitu imam tua, imam muda, bilal, siak, ahli jawatankuasa Masjid dan anak mukim.
Walaubagaimanapun, semua jemaah wajib mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak masjid antaranya menulis nama dalam buku pendaftaran, menjaga penjarakan sosial, memeriksa suhu dan memakai penutup muka. Selain itu, pemasangan kipas dan pendingin hawa juga tidak dibenarkan. Oleh yang demikian, semua pintu dan tingkap Masjid akan dibuka bagi memastikan udara dapat mengalir dengan baik di ruangan solat.
Jika terdapat jemaah yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk ke Masjid termasuk ahli jawatankuasa dan anak-anak mukim yang umurnya melebihi 70 tahun. Untuk pengetahuan korang, tindakan juga akan dikenakan kepada jemaah yang melanggar SOP.
OHMEDIA: SEMOGA MASJID DI NEGERI LAIN JUGA DAPAT MENAMBAH BILANGAN JEMAAH MEMANDANGKAN KES COVID-19 DI NEGARA KITA SEMAKIN BERKURANGAN
Kredit: Berita Harian
+Baca respon pembaca 40 orang jemaah dibenarkan untuk solat jumaat di Kelantan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media