Youtube Monsta Kini Cecah 10 Juta Subscriber!


Tahniah Ohmedia ucapkan kepada Animonsta Studios kerana saluran di Youtube, Monsta kini berjaya merekodkan pencapaian yang amat mengagumkan apabila mereka sudah mencecah 10 juta langganan. Alhamdulillah!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (MONSTA), Nizam Abdul Razak berkata kejayaan saluran Youtube keluarga dan kanak-kanak pertama di Malaysia itu menjadikan satu suntikan semangat kepada syarikatnya untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti di seluruh dunia.

Pencapaian ini menjadi satu suntikan semangat kepada kami untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti bukan saja untuk tontonan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. YouTube benar-benar berhasil membawa kandungan kami ke seluruh dunia. Ia mengembangkan lagi kumpulan peminat kami sekali gus menampakkan kepercayaan penonton luar terhadap kandungan yang dihasilkan Monsta. Kami sentiasa peka kepada trend terkini dan apa yang penonton kami mahukan. Selain itu, kami turut berusaha mendapatkan pengikut baru dengan beberapa rangka strategi mengikut rangka sasaran umur. Sebab itu kami tidak bergantung kepada hanya satu 'content' mahupun satu saluran sahaja. Kami berjaya menyakinkan beberapa syarikat gergasi animasi dunia bagi menayangkan 'content' mereka seperti Pokemon, Beyblade, Zoids, Kamen Rider dan banyak lagi secara percuma di saluran kami. Sumbangan utama sudah pasti mengembangkan pasaran kami ke peringkat antarbangsa dan menjadi jenama lebih besar. Ianya memudahkan kami untuk mengenali dan menguasai pasaran-pasaran seperti di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Timur. Dengan alih bahasa serta sarikata, ianya memudahkan lagi peminat-peminat kami di luar sana untuk menontonnya.

Kalau korang nak tahu, Monsta merupakan saluran bagi animasi kanak-kanak seperti PapaPipi, BoboiBoy, Galaxy Card dan banyak lagi tau. Ohmedia doakan agar Animonsta Studios terus maju jaya dan membanggakan negara Malaysia. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: TERBAIKLAH MONSTA!

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media