Menurut wartawan tersebut, beliau berjaya menjejaki ke rumahnya selepas satu jam lebih perjalanan ke Pulau Indah dan tiba di sebuah rumah banglo berwarna ungu cerah. Kalau korang nak tahu, keadaan Jamali sudah agak uzur dan pergerakannnya terbatas.
Apa yang lagi menarik, beliau mempunyai 16 rumah sewa tau! Fuh, banyak tu gais tapi macam mana dia boleh buat macam tu? Haa, sejak usianya masih muda, hasil aktiviti seni disimpan kemas dan apabila sudah cukup, Jamali membeli tanah-tanah di kampung yang terdekat dengan kediamannya.
Walaupun dia tidak bergelar sebagai usahawan berjaya ataupun ahli perniagaan yang kaya raya tetapi Jamali mempunyai harta tersendiri kerana dia bukan kaki berbelanja kepada hal-hal yang tidak diperlukan. Lebih senang faham, bukan kaki boros.
Ini menunjukkan bahawa Jamali Shadat adalah seorang lelaki yang bijak mencatur masa depan dan pandai beringat. Apapun, Ohmedia doakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terima kasih kerana pernah menghiburkan kami semua.
16 rumah sewa, Jamali Shadat artis hebat, pandai beringat...DALAM satu jam lebih perjalanan ke Pulau Indah, rumah beliau akhirnya berjaya kami jejaki. Sejak diberitakan seniman Datuk Jamali Shadat sakit dan terlantar di rumah, hasrat hati sudah lama mahu menziarah tetapi baru saja berkesempatan. Ketika kami sampai, sebuah rumah banglo cantik berwarna ungu cerah yang didalamnya dihuni oleh tokoh ternama ini. Di depan mata kami, seniman yang hari ini sudah berusia 78 tahun tidak lagi berdaya. Dia hanya mampu memandang kami tanpa perasaan, berkelip-kelip bagaikan kami hanya bayang-bayang di depan. Tidak ada sepatah kata yang keluar dari mulutnya melainkan sesekali melemparkan senyuman. Jamali yang dulu menghiburkan sesiapa sahaja, hari ini diam membisu seribu bahasa. Bagai hilang sudah segala jampi mentera lawak Atuk dan Atannya pada hari ini. Sesekali diacah si cucu, beliau ketawa kecil pun tanpa suara yang jelas. "Beginilah keadaan ayah. Susah nak bercakap. Sejak emak meninggal (Datin Lela Yacob) beberapa tahun sudah, ayah semakin banyak diam," beritahu menantunya. Siti dan suami yang kini menjaga Jamali hanya tinggal di rumah sebelah. Mudah untuk meladeni keperluan seharian Jamali. Anak-anak Jamali yang lain juga sering berziarah bertanya, khabar. Kami melihat, benar keadaan beliau sudah agak uzur. Pergerakannya terbatas sudah. Dia hanya mampu duuk, sambil termenung jauh, rindu kepada isteri yang sudah terlebih dahulu dijemput Illahi. Tetapi kagum sungguh kami dengan beliau apabila diberitahu bahawa seniman ini bukanlah biasa-biasa. Meskipun bukan bergelar usahawan berjaya, bukan ahli perniagaan kaya raya tetapi Jamali mempunyai harta kerana sifat beringat-ingat semenjak muda belianya. Beliau tidak boros, bukan kaki berbelanja kepada hal-hal yang tidak diperlukan. Ini contoh yang perlu ada pada orang muda jika mahu bahagia di usia tua. Jamali contoh terbaik buat kita. Jamali punya 16 biji rumah sewa. Apa??? Ya, 16 biji rumah yang dia punya. Semenjak usia muda, hasil aktiviti seni disimpan kemas. Dan apabila cukup, beliau membeli tanah-tanah di kampung-kampung terdekat dengan kediamannya. Bila punya duit lagi, beliau dirikan pula rumah, berdikit-dikit. Satu persatu kediaman dibina setiap kali simpanan beliau mencukupi dan pada usia menjengah 80-an sekarang, beliau punya aset membanggakan. Rumah-rumah ini disewakan. Setiap bulan hasil sewaan ini menampung perbelanjaan hidup Jamali setelah tidak lagi aktif di pentas lawak dan persembahan. Maka tahulah kita, apa sahaja kerja kita, jika beringat dan bijak mencatur kehidupan sewaktu zaman muda dan popular, juga boleh senang. Sepengetahuan saya, Jamali tak sekolah tinggi tetapi bijak mencatur masa depan. Jamali tidak hadir ke kelas-kelas perniagaan pun tetapi beliau gigih menyusun langkah-langkah memuliakan kehidupan sendiri pada penghujung hayat diri. Memuliakan diri kita sendiri ini penting agar dapat mewarisi "pusaka membahagiakan" buat generasi anak dan cucu cicit kita kelak. Bagi saya, secara peribadi, Jamali adalah contoh "lelaki gentleman yang sejati" yang hari ini masih wujud di depan mata kita. Petang yang damai, kami tinggalkan rumah agam beliau dengan kagum yang amat. Semoga Allah SWT pelihara insan yang sudah sekian lama menghiburkan hati manusia lain ini dalam kasih sayangNya yang erat. Laksa Ustaz turut menyampaikan sedikit keperluan peribadi buat beliau sebagai tanda mata dalam pertemuan kami. Ini sekadar melengkapkan sebuah makna "menyatuni" orang tua. Selamat Pak...
OHMEDIA: ANAK MUDA PERLU CONTOHI JAMALI SHADAT. BUKAN SENANG NAK JUMPA LELAKI MACAM NI TAU.
Sumber: Facebook
+ Baca respon pembaca sayang Jamali Shadat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media