(Video) Wajah Zoey Rahman Bengkak Gara-Gara Bius Ubat? Ini Penjelasannya!


Alamak! Kenapa dengan wajah pelakon Zoey Rahman tu? Baru-baru ini, dia memuatnaik beberapa posting sehingga mencuri perhatian warganet di Instagramnya, @zoeyrahman menunjukkan bengkak di bahagian muka.



A post shared by PLEASE STAY AT HOME (@zoeyrahman) on
Menurut laporan mStar, dia mengalami bengkak itu kerana ubat bius yang telah disuntik di bahagian kepalanya ketika menjalani rawatan menanam rambut. Fuh, tak berani Ohmedia nak tengok dan buat! Macam sakit jer.

Muka saya jadi bengkak kesan daripada ubat bius yang diambil semasa rawatan menanam rambut. Hari pertama tak rasa apa-apa, tapi saya mula rasa kesannya pada hari kedua. Bengkak itu bermula di dahi kemudian turun ke kening, kelopak mata dan sekarang pada hari keempat bengkak itu kelihatan di bawah mata pula. Pihak klinik sudah menerangkan terlebih dahulu tentang hukum menjalani rawatan ini. Ia tidak memudaratkan kesihatan atau membatalkan puasa kerana mereka cuma perlu mengambil darah dan beri ubat bius pada saya. Malah, mengikut hukum Islam ia dibenarkan kerana rambut itu diambil daripada rambut saya sendiri. Jika ia diambil daripada orang lain hukumnya haram. Laman web JAKIM juga menyatakan rawatan ini dibenarkan jika tujuannya adalah atas menutup aib. Untuk kerjaya saya sebagai seorang artis dan juga usahawan kosmetik, saya perlu sentiasa kelihatan kemas dan yakin. Kalau saya botak macam mana saya nak menjual produk-produk saya di samping menjalani penggambaran dengan yakin. Jadi, saya ambil inisiatif daripada sekarang, saya tak mahu tangguhkannya hingga masa akan datang kerana ia mungkin sudah terlambat. Saya ada masalah garis rambut berbentuk 'M'. Mungkin ramai yang tak nampak kerana saya sering menyembunyikannya dengan cara saya menggayakan rambut. Sepatutnya saya perlu menjalani rawatan itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, tapi ia ditangguh sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Klinik tersebut juga mengikut standard operasi yang betul seperti menjaga jarak. Saya juga menjalani ujian saringan jangkitan Covid-19 sebelum meneruskan rawatan.

Wah, lepas ni bertambah handsome lah brother ni! Korang pernah tanam rambut seperti Zoey tak? Nasib baiklah Ohmedia ni perempuan kena tutup aurat tau?! Hahaha. Semoga cepat sembuh, Zoey.


OHMEDIA: SERAM BETUL TENGOK ORANG TU TANAM RAMBUT DIA.

Sumber: Instagram | mStar

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media